theme-sticky-logo-alt
April 15, 2026
50 Views

Atletico Singkirkan Barcelona

MADRID: Atletico Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sembilan tahun selepas menewaskan Barcelona 3-2 secara agregat, walaupun tewas 2-1 di laman sendiri dalam aksi timbal balik. Skuad kendalian Diego Simeone sudah sebelah kaki di separuh akhir selepas merakam kemenangan 2-0 di Camp Nou pada perlawanan pertama. Namun, kelebihan itu... Read More

MADRID: Atletico Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sembilan tahun selepas menewaskan Barcelona 3-2 secara agregat, walaupun tewas 2-1 di laman sendiri dalam aksi timbal balik.

Skuad kendalian Diego Simeone sudah sebelah kaki di separuh akhir selepas merakam kemenangan 2-0 di Camp Nou pada perlawanan pertama. Namun, kelebihan itu hampir lenyap apabila Barcelona bangkit dengan dua gol awal di Stadium Metropolitano.

Lamine Yamal membuka jaringan seawal minit keempat selepas memanfaatkan kesilapan Clement Lenglet, sebelum Ferran Torres menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24 hasil hantaran Dani Olmo.

Namun Atletico tidak menyerah. Pada minit ke-31, Marcos Llorente melakukan larian di sebelah kanan sebelum menghantar bola kepada Ademola Lookman yang menyempurnakan peluang untuk mengembalikan kelebihan agregat kepada tuan rumah.

Barcelona terus menguasai permainan di babak kedua dalam usaha memburu gol ketiga namun gagal menyudahkan peluang yang dicipta .- Harian Metro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading