theme-sticky-logo-alt
April 14, 2026
37 Views

“Kalau Di Pihak Yang Benar, Takut Apa?-Riddhuan Tee

Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, mempersoalkan tindakan sebuah badan penguat kuasa yang didakwa menubuhkan skuad khas bagi melindungi ketuanya ketika menghadiri majlis awam. Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyifatkan langkah itu sebagai tidak wajar dan membazirkan tenaga serta sumber. “Badan rasuah ini dah tak ada kerja ke sampai nak tubuh skuad khas jaga... Read More

Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, mempersoalkan tindakan sebuah badan penguat kuasa yang didakwa menubuhkan skuad khas bagi melindungi ketuanya ketika menghadiri majlis awam.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau menyifatkan langkah itu sebagai tidak wajar dan membazirkan tenaga serta sumber.

“Badan rasuah ini dah tak ada kerja ke sampai nak tubuh skuad khas jaga ketua dia dalam majlis yang dihadirinya, untuk elak protes awam seperti berlaku sebelum ini. Buang masa dan tenaga,” katanya.

“Kalau kita di pihak benar, takut apa? Datanglah protes banyak mana pun, berani kerana benar,”

“Badan beruniform ini juga manusia, bukan malaikat. Kalau benar buat salah, berhentilah. Jangan susahkan rakyat,” katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat tidak akan bangkit melakukan protes sekiranya kepimpinan sesebuah institusi itu benar-benar bersih dan amanah.

“Rakyat takkan bangun protes kalau pemimpin itu bersih dan amanah. Ikan busuk daripada kepala,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading