theme-sticky-logo-alt
April 14, 2026
22 Views

Jangan Politikkan Krisis Ekonomi, Cari Titik persamaan – Sultan Nazrin

IPOH — Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak mensensasikan atau mengeksploitasi keadaan semasa demi kepentingan politik sempit, sebaliknya mengutamakan usaha bersama menghadapi cabaran ekonomi. Menurut baginda, ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi, semua pihak perlu menunjukkan kematangan dengan mengelakkan tindakan “menangguk di air keruh”. “Ini bukan masanya untuk mensensasikan dan mengeksploitasi... Read More

IPOH — Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak mensensasikan atau mengeksploitasi keadaan semasa demi kepentingan politik sempit, sebaliknya mengutamakan usaha bersama menghadapi cabaran ekonomi.

Menurut baginda, ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi, semua pihak perlu menunjukkan kematangan dengan mengelakkan tindakan “menangguk di air keruh”.

“Ini bukan masanya untuk mensensasikan dan mengeksploitasi keadaan bagi tujuan politik yang sempit,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan tahun keempat Dewan Negeri Perak ke-15, hari ini.

Baginda menegaskan bahawa anggota Dewan Negeri, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, bersama pemimpin politik, masyarakat, sektor swasta dan kerajaan perlu mencari titik pertemuan serta persamaan.

Menurut baginda, semangat perpaduan dan kerjasama amat penting dalam merangka formula berkesan bagi menangani krisis ekonomi yang disifatkan sebagai membimbangkan.

Baginda turut menyeru semua pihak menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara serta membuktikan kesungguhan mengutamakan kebajikan rakyat.

“Ke hilir sama menghilir, ke hulu sama menghulu,” titah baginda, menekankan kepentingan bergerak seiring demi memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading