KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghentikan kontroversi berhubung dakwaan penghantaran minyak diesel ke Filipina.
Menurut Berita Harian,penghantaran itu adalah berkaitan urus niaga syarikat asing Vitol yang beroperasi di Pengerang dan ia bukan syarikat Malaysia.
“Ia bukan syarikat PETRONAS dan memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi minyak kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak milik orang dalam perjanjian asing.
“Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.








