Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa gabungan itu tidak mempunyai masalah untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan, khususnya dalam menangani isu tenaga global ketika ini.
“Kita mengalu-alukan jika Perdana Menteri bersikap terbuka dalam hal ini, tetapi tidak boleh sekadar ‘ajak-ajak ayam’.
“Kita boleh duduk bersama berbincang kerana masalah ini melibatkan semua pihak dan membabitkan rakyat yang akan terkesan,” katanya pada sidang akhbar Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh pada Ahad.
Beliau turut berpandangan bahawa isu tenaga global memerlukan tindakan yang menyeluruh dan kerjasama semua pihak, justeru kerajaan perlu menunjukkan kesungguhan dalam mengadakan perbincangan tersebut.- Sinar Harian








