Manchester City mempamerkan aksi dominan apabila membelasah Liverpool 4-0 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad, sekali gus mara ke separuh akhir dengan penuh bergaya.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu tampil dengan permulaan garang sebelum Erling Haaland membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada babak pertama.
Selepas babak kedua bersambung Haaland menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hatrik, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh Antoine Semenyo.
Kemenangan ini menyaksikan City melangkah ke separuh akhir Piala FA buat kali kelapan berturut-turut, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara pasukan paling konsisten dalam saingan domestik England.
Sementara itu, kekalahan besar ini menambah tekanan ke atas pengurus Liverpool, Arne Slot, selepas prestasi hambar pasukannya. -Stadium Astro








