theme-sticky-logo-alt
April 2, 2026
121 Views

“YAB PM, Faham-Faham Lah Kenapa Rakyat Marah,”-Hamzah Zainuddin

Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin mempersoalkan kenaikan harga diesel yang disifatkan memberi tekanan besar kepada rakyat, selain menggesa Perdana Menteri memahami keresahan yang timbul. Menerusi satu kenyataan di media sosial, Hamzah berkata dalam tempoh singkat, harga diesel telah meningkat secara ketara, bermula dengan kenaikan 80 sen minggu lalu. “Hari ini, naik lagi 50 sen kepada... Read More

Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin mempersoalkan kenaikan harga diesel yang disifatkan memberi tekanan besar kepada rakyat, selain menggesa Perdana Menteri memahami keresahan yang timbul.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, Hamzah berkata dalam tempoh singkat, harga diesel telah meningkat secara ketara, bermula dengan kenaikan 80 sen minggu lalu.

“Hari ini, naik lagi 50 sen kepada RM6.02 — tertinggi dalam sejarah,” katanya.

Menurutnya, kenaikan akan mencetuskan kesan rantaian yang akhirnya membebankan kos sara hidup rakyat.

Sehubungan itu, Hamzah menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya memahami punca kemarahan rakyat terhadap situasi tersebut.

“YAB PM, faham-faham lah kenapa rakyat marah,” katanya lagi.

Terdahulu, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 50 sen kepada RM6.02 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 2 April hingga 8 April ini.

Kenaikan itu merupakan tertinggi dalam sejarah negara apabila buat pertama kalinya harga pasaran diesel melepasi RM6.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading