Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.
Menurut Malaysia Gazette, peguam Mohd Faizi Che Abu, jumlah pampasan itu tidak mustahil dicapai berdasarkan prinsip undang-undang sivil, termasuk faktor pendapatan mangsa, tanggungan serta umur.
Beliau berkata, dalam kes melibatkan kematian atau kecederaan serius, jumlah pampasan boleh meningkat bergantung kepada bukti dan dokumen yang dikemukakan di mahkamah.
“Jadi pihak keluarga dalam proses untuk mendapatkan dokumen dan juga maklumat-maklumat daripada pihak berkuasa sebelum tindakan selanjutnya iaitu tindakan sivil diambil.
“Kita ada figures yang kita akan tuntut berdasarkan kepada prinsip undang-undang ketetapan kes-kes duluan sebelum ini, mungkin dalam jumlah yang tersebut,” katanya kepada pemberita








