Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh dua minggu kepada penyelidik, James Chai untuk pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berhubung perjanjian kerajaan dengan syarikat semikonduktor, Arm Holdings.
Menurut Malaysia Kini, Agensi Antirasuah itu menyatakan bahawa pihaknya sudah memberi pelanjutan tempoh kepada Chai sehingga 31 Mac disebabkan komitmen kerja dan kos perjalanannya, namun dia tetap tidak hadir.
“Sehubungan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada hari ini yang menetapkan bahawa beliau perlu hadir dalam tempoh dua minggu, dan SPRM juga bersedia untuk menanggung kos penerbangan beliau.
“Sekiranya beliau masih gagal hadir setelah diberikan lanjutan masa sebanyak dua kali,SPRM akan mempertimbangkan untuk mendapatkan kerjasama dengan penguatkuasaan luar negara bagi mengesan beliau,” kata SPRM.








