theme-sticky-logo-alt
April 1, 2026
66 Views

Minyak dunia bergolak, PETRONAS akui Malaysia tak kebal

KUALA LUMPUR — PETRONAS memaklumkan ia terus memantau rapat bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan, susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global. Dalam kenyataan media bertarikh 30 Mac, syarikat minyak nasional itu menjelaskan bahawa walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara masih terdedah kepada gangguan bekalan global, khususnya... Read More

KUALA LUMPURPETRONAS memaklumkan ia terus memantau rapat bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan, susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan kepada pasaran tenaga global.

Dalam kenyataan media bertarikh 30 Mac, syarikat minyak nasional itu menjelaskan bahawa walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, negara masih terdedah kepada gangguan bekalan global, khususnya apabila hampir 40 peratus keperluan minyak mentah negara melalui Selat Hormuz.

Menurut PETRONAS, konflik yang sedang berlaku telah menyebabkan harga minyak mentah global meningkat hampir 40 peratus, sekali gus menaikkan kos penghantaran, insurans dan logistik — faktor yang menjejaskan keselamatan bekalan bahan api negara.

Di peringkat domestik, syarikat itu mengakui permintaan bahan api terus melebihi bekalan tempatan. Bagi menangani jurang tersebut, PETRONAS menggunakan rangkaian operasi bersepadu melalui anak syarikatnya untuk memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi, termasuk menyokong hampir 50 peratus pegangan pasaran sehingga Mei 2026.

Dalam masa sama, PETRONAS turut menggesa orang ramai serta industri menggunakan tenaga secara lebih cekap dan mengelakkan pembelian panik yang boleh memburukkan lagi keadaan bekalan.

Kenyataan itu hadir ketika ketidaktentuan konflik Asia Barat terus memberi tekanan kepada rantaian bekalan tenaga global, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan bahan api di rantau ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading