theme-sticky-logo-alt
April 1, 2026
351 Views

“Semua Ini Berlaku Bukan Kerana Mereka kuat, Tetapi kamu terlalu biasa diam,”-Ibrahim Ali

Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali menggesa orang ramai menghadiri himpunan pada 5 April ini di perkarangan Sogo Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan kos sara hidup, khususnya harga minyak. Dalam kenyataan bertarikh 1 April, beliau berkata kegagalan rakyat untuk hadir akan memberi isyarat bahawa mereka merelakan tekanan berterusan daripada kerajaan. “Jika anda tidak turun 5 April... Read More

Presiden Parti Putra, Ibrahim Ali menggesa orang ramai menghadiri himpunan pada 5 April ini di perkarangan Sogo Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan kos sara hidup, khususnya harga minyak.

Dalam kenyataan bertarikh 1 April, beliau berkata kegagalan rakyat untuk hadir akan memberi isyarat bahawa mereka merelakan tekanan berterusan daripada kerajaan.

“Jika anda tidak turun 5 April 2026 (Ahad) jam 3 petang di perkarangan Sogo, anda sendiri yang memberi lesen untuk terus dipijak,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Menurutnya, isu berkenaan bukan lagi sekadar kenaikan harga bahan api, sebaliknya melibatkan soal maruah rakyat.

“Ini bukan lagi isu setakat harga minyak naik. Ini isu sama ada kamu masih manusia yang ada maruah, atau sudah jadi hamba yang reda dipijak setiap kali kerajaan tekan butang naik harga,” katanya.

Beliau mendakwa kenaikan harga berlaku berulang kali tanpa penyelesaian tuntas.

“Setiap kali harga naik, mereka beri alasan. Setiap kali kamu mengeluh, mereka beri janji. Tapi hakikatnya satu, kamu terus bayar, mereka terus lepas,” katanya.

Ibrahim turut mendakwa keadaan itu berlaku kerana sikap rakyat yang hanya bersuara tanpa bertindak.

“Semua ini berlaku bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana kamu terlalu biasa diam,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan tidak gentar dengan kritikan di media sosial, sebaliknya hanya bimbang jika rakyat berhimpun.

“Mereka tidak takut kepada suara kamu di media sosial. Mereka hanya takut kepada satu perkara, rakyat yang turun dan berdiri sebagai satu kuasa,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa kenaikan kos hidup akan terus berlaku jika tiada tindakan.

“Hari ini diesel. Esok barang dapur. Lusa keseluruhan kos hidup,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak terus berdiam diri.

“Jika kamu tidak hadir, mesej yang kamu hantar sangat jelas, ‘buatlah apa sahaja kepada aku, aku akan tetap diam’,” katanya.

Tambahnya, himpunan tersebut bukan bertujuan mencetuskan kekacauan.

“Kita tidak menyeru kepada kekacauan. Kita menyeru kepada keberanian. Turun dengan aman, dengan disiplin,” katanya.

“Orang yang memilih diam ketika dipijak, sebenarnya bukan mangsa tetapi rakan subahat kepada penindasan itu sendiri.” Tambah Beliau

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading