Seorang juruteknik yang memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, Ahad lalu, didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Menurut Kosmo, Tertuduh R. Saktygaanapathy, 28, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A. Khartiyayini. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen bagi laporan bedah siasat, patologi dan forensik.
Sebutan semula kes pada 3 Jun depan.








