theme-sticky-logo-alt
April 1, 2026
95 Views

“Apa Yang Tular Adalah 101 Peratus Tidak Betul Sama Sekali,” -Wong Kah Woh

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menegaskan bahawa kenyataan media yang tular memaparkan peratusan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mengikut kaum adalah tidak benar. Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah maklumat tersebut tidak diumumkan dalam pengumuman rasmi keputusan SPM. “Apa yang tular adalah 101 peratus tidak betul sama... Read More

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menegaskan bahawa kenyataan media yang tular memaparkan peratusan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mengikut kaum adalah tidak benar.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah maklumat tersebut tidak diumumkan dalam pengumuman rasmi keputusan SPM.

“Apa yang tular adalah 101 peratus tidak betul sama sekali. Itu sudah pasti tidak benar,” Katanya

Menurutnya, pelaksanaan peperiksaan SPM serta pengumuman keputusan dibuat berdasarkan piawaian yang ditetapkan tanpa sebarang kompromi.

“KPM melaksanakan peperiksaan SPM dengan mematuhi segala piawaian yang telah ditetapkan bagi setiap satu mata pelajaran… kita pastikan keputusan dikeluarkan pada 10 pagi serentak di seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengumuman keputusan dibuat secara seragam di seluruh negara bagi memastikan ketelusan.

“Ini adalah piawaian yang pihak KPM tidak akan kompromi,” katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading