theme-sticky-logo-alt
March 31, 2026
129 Views

“Saya Kekal Komited Jalankan Amanah,”-Nurul Izzah Anwar

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau kekal menjalankan tanggungjawabnya dalam parti, sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau akan meletak jawatan. Dalam satu kenyataan ringkas, beliau berkata khabar angin mengenai peletakan jawatannya adalah tidak benar. “Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya  saya meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR adalah tidak benar sama skali. “Saya... Read More

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau kekal menjalankan tanggungjawabnya dalam parti, sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau akan meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan ringkas, beliau berkata khabar angin mengenai peletakan jawatannya adalah tidak benar.

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya  saya meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR adalah tidak benar sama skali.

“Saya kekal komited jalankan amanah ini selaras dengan mandat dan proses demokrasi organisasi, serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya. 

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh juga menafikan khabar angin tersebut, manakala Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyifatkannya sebagai “berita palsu”.

Spekulasi itu timbul ketika dakwaan oleh ahli perniagaan Victor Chin berhubung skandal “mafia korporat” kembali menjadi perhatian, termasuk dakwaan melibatkan seorang Ahli Parlimen PKR.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1