theme-sticky-logo-alt
March 31, 2026
119 Views

13,779 Calon SPM 2025 Catat Keputusan Cemerlang

Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil. Menurut MalaysiaGazette, pencapaian itu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kalangan calon pada tahun ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 376 calon mendapat gred A+... Read More

Seramai 13,779 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Menurut MalaysiaGazette, pencapaian itu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kalangan calon pada tahun ini.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 376 calon mendapat gred A+ bagi semua mata pelajaran, meningkat berbanding tahun sebelumnya, iaitu 24 calon.

“Bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025 turut menunjukkan peningkatan 1.03 peratus, iaitu seramai 92,347 berbanding 86,040 calon pada tahun sebelumnya,” katanya

Mengulas lanjut beliau berkata, jeputusan SPM 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1