theme-sticky-logo-alt
March 30, 2026
102 Views

“Rakyat Tak Perlukan “Idea Bangang” Macam Ni,”- Nurul Islam Mohamed Yusoff

Cadangan supaya orang ramai menaiki basikal bagi menangani kesan kenaikan harga petrol dan diesel dianggap tidak realistik selain disifatkan gagal menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir. Nurul Islam Mohamed Yusoff , berkata cadangan sedemikian bukan satu dasar atau penyelesaian konkrit terhadap tekanan... Read More

Cadangan supaya orang ramai menaiki basikal bagi menangani kesan kenaikan harga petrol dan diesel dianggap tidak realistik selain disifatkan gagal menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan Pas Pusat, Ir. Nurul Islam Mohamed Yusoff , berkata cadangan sedemikian bukan satu dasar atau penyelesaian konkrit terhadap tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini.

Menurutnya, peningkatan harga minyak telah memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, sekali gus membebankan rakyat yang perlu bergerak dalam jarak jauh setiap hari serta menjalankan aktiviti ekonomi harian.

Beliau turut mempersoalkan kesesuaian cadangan itu dalam konteks Malaysia yang beriklim panas serta melibatkan keperluan logistik seperti menghantar anak ke sekolah atau mengangkut barangan perniagaan.

“Rakyat tak perlukan “idea bangang” macam ni, Rakyat perlukan keputusan dasar yang serius,”Katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau mengemukakan beberapa persoalan kepada kerajaan, antaranya pelan sebenar dalam menghadapi kenaikan harga minyak global, strategi mengurangkan kebergantungan kepada import tenaga serta langkah melindungi rakyat daripada peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau berkata Perikatan Nasional (PN) mendesak agar sidang khas Parlimen diadakan bagi membolehkan ahli Parlimen diberi taklimat mengenai kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan fungsi semak dan imbang dapat dilaksanakan, selain mencadangkan penubuhan jawatankuasa bukan partisan untuk mencari penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan.

Beliau pada masa sama menggesa kerajaan supaya tidak mengemukakan cadangan yang disifatkan tidak praktikal sekiranya tiada penyelesaian menyeluruh terhadap isu kos sara hidup.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading