theme-sticky-logo-alt
February 27, 2026
269 Views

Polis Siasat Dakwaan Konspirasi Jatuhkan Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara. Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima pada 26 Februari 2026. Menurutnya, dakwaan tersebut melibatkan seorang individu berpengaruh... Read More

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Dalam kenyataan media hari ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima pada 26 Februari 2026.

Menurutnya, dakwaan tersebut melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan yang didakwa bekerjasama dengan sebuah agensi media antarabangsa.

“Siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa,” katanya.

Khalid berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Seksyen itu merujuk kepada kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sementara polis melengkapkan siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 27 Februari 2026 jam 9.45 pagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading