theme-sticky-logo-alt
March 28, 2026
104 Views

“Jika Tiada Respon Segera, Kita Anggap Mereka,” -Takiyuddin Hassan

Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan menegaskan gabungan itu akan menganggap Malaysian Indian Congress (MIC) menolak pelawaan untuk menyertai PN sekiranya tiada sebarang maklum balas rasmi diberikan dalam masa terdekat. Menurut Sinar Harian sehingga kini pihaknya masih belum menerima jawapan rasmi daripada MIC berhubung pelawaan tersebut walaupun tempoh masa yang munasabah telah diberikan. MIC nak... Read More

Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan menegaskan gabungan itu akan menganggap Malaysian Indian Congress (MIC) menolak pelawaan untuk menyertai PN sekiranya tiada sebarang maklum balas rasmi diberikan dalam masa terdekat.

Menurut Sinar Harian sehingga kini pihaknya masih belum menerima jawapan rasmi daripada MIC berhubung pelawaan tersebut walaupun tempoh masa yang munasabah telah diberikan.

MIC nak balas surat pun boleh, nak buat kenyataan pun boleh, tetapi jika tiada respon segera, kita anggap mereka menolak.

“Cuma kita hairan MIC kata buat masa ini mereka kekal dengan BN (Barisan Nasional) itu kena tanya dengan MIC, apa maksud mereka,” katanya ketika ditemu bual di Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan pada Sabtu.

Kalau mereka kata tidak mohon, sila buktikan. Saya ada surat tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan, permohonan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat PN pada 9 Disember 2025 sebelum diluluskan, sekali gus menjadikan MIC sebagai parti anggota kelima selepas Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP).

Tambahnya, keputusan itu kemudian disahkan dalam mesyuarat pada 14 Mac lalu sebelum surat tawaran rasmi dihantar kepada MIC pada 23 Mac.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1