Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, membalas kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai “paling tak berguna”.
Dalam satu hantaran di media sosial, Syahir menegaskan pendirian pembangkang untuk terus konsisten memainkan peranan mereka.
“Politik matang dan sejahtera,”
“Politik solusi, berkepentingan rakyat,”
“Kami kalau lawan, lawan terus.“
Bukan lawan sekejap. Bukan keluar sekejap,” katanya.
Kenyataan ringkas itu dilihat sebagai respons langsung terhadap kritikan Khairy semalam berhubung keberkesanan pembangkang ketika ini.
Semalam, Khairy dilaporkan menyifatkan pembangkang hari ini sebagai yang “paling tak berguna”, mencetuskan reaksi balas daripada beberapa pemimpin politik.








