theme-sticky-logo-alt
March 25, 2026
57 Views

“Penjenayah Bukan Hero Dan Jangan Herokan Penjenayah.,”- Chegubard

Mantan pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mempersoalkan motif sebenar pendedahan oleh ahli perniagaan Victor Chin yang mengaku membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menutup kes berkaitan “mafia korporat”. Menurutnya, pendedahan tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia hanya dibuat selepas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimulakan terhadap laporan... Read More

Mantan pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mempersoalkan motif sebenar pendedahan oleh ahli perniagaan Victor Chin yang mengaku membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menutup kes berkaitan “mafia korporat”.

Menurutnya, pendedahan tersebut menimbulkan tanda tanya kerana ia hanya dibuat selepas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimulakan terhadap laporan media asing berhubung dakwaan berkenaan.

Chegubard berkata, pengakuan Victor itu turut menimbulkan persoalan serius berkaitan unsur rasuah, ugutan serta kemungkinan pelanggaran undang-undang lain.

“Beliau sendiri mengaku terlibat dalam pembayaran RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR. Ini bermaksud ada pengakuan memberi rasuah serta menyimpan maklumat sebagai ugutan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan membuat pendedahan hanya selepas disiasat pihak berkuasa menimbulkan persoalan sama ada maklumat tersebut sebelum ini disimpan sebagai alat tekanan.

“Jika benar tidak bersalah, kenapa perlu membuat bayaran tersebut? Ini menunjukkan wujud elemen menggunakan wang untuk menutup sesuatu kesalahan,” katanya lagi.

Menurutnya, laporan media turut mendakwa individu berkenaan meminta wang tersebut dipulangkan dengan ancaman untuk mendedahkan identiti ahli Parlimen terbabit sekiranya gagal berbuat demikian.

Beliau berkata keadaan itu seolah-olah menggambarkan jenayah boleh dirunding atau diselesaikan melalui bayaran semula, yang menurutnya bercanggah dengan prinsip undang-undang.

“Jika wang dipulangkan, adakah kesalahan itu akan dianggap selesai dan tidak didedahkan? Ini satu bentuk undang-undang rimba yang tidak boleh diterima,” katanya.

Sehubungan itu, Chegubard menggesa tindakan undang-undang diambil segera terhadap individu terbabit, termasuk siasatan di bawah kesalahan rasuah, ugutan serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar media dan masyarakat tidak terpesong dalam menilai isu berkenaan, khususnya apabila pendedahan dibuat oleh individu yang sendiri mengakui penglibatan dalam kesalahan.

“Penjenayah bukan hero dan tidak seharusnya diangkat sebagai hero,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading