theme-sticky-logo-alt
March 24, 2026
87 Views

Pegawai khas Steven Sim Tampil Buat Laporan Polis Isu Hantaran Berunsur Fitnah

Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah dan mengandungi dakwaan tidak benar berkaitan Hospital Bukit Mertajam. Lim Zheng Han berkata laporan itu dibuat susulan satu hantaran Facebook oleh seorang individu pada 22 Mac lalu yang didakwa memutarbelitkan fakta... Read More

Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah dan mengandungi dakwaan tidak benar berkaitan Hospital Bukit Mertajam.

Lim Zheng Han berkata laporan itu dibuat susulan satu hantaran Facebook oleh seorang individu pada 22 Mac lalu yang didakwa memutarbelitkan fakta berhubung lawatan Steven Sim ke hospital berkenaan.

Menurut Bernama, lawatan tersebut bertujuan meninjau kemudahan asas serta menilai keperluan menaik taraf hospital, namun hantaran berkenaan disertakan tajuk tidak berasas yang mendakwa kononnya hospital itu akan dipindahkan supaya tidak mengganggu kuil.

“Fitnah seperti ini bukan sahaja mencemarkan imej Sim, malah boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Lim berkata laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan pihaknya memohon agar siasatan segera dijalankan terhadap pemilik akaun terbabit.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bukit Mertajam turut menafikan dakwaan bahawa hospital tersebut akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada kuil, sebaliknya menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah dan berniat jahat.

Hantaran berkenaan sebelum ini tular di media sosial dengan menggunakan nama dan gambar lawatan Steven Sim ke hospital tersebut, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading