theme-sticky-logo-alt
March 24, 2026
37 Views

“Agenda Peribadi Tidak Boleh Lebih Penting Daripada Parti,”-Dominic Lau

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Dominic Lau Hoe Chai mengingatkan ahli serta segelintir pemimpin parti agar mengetepikan agenda peribadi dan memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi PRN Melaka, PRN Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Lau menegaskan bahawa perubahan merupakan nadi perjuangan parti dan hanya dengan semangat bersatu hati, Gerakan mampu meraih sokongan rakyat.... Read More

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Dominic Lau Hoe Chai mengingatkan ahli serta segelintir pemimpin parti agar mengetepikan agenda peribadi dan memberi tumpuan penuh terhadap persiapan menghadapi PRN Melaka, PRN Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Lau menegaskan bahawa perubahan merupakan nadi perjuangan parti dan hanya dengan semangat bersatu hati, Gerakan mampu meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, isu agenda peribadi bukan hanya berlaku dalam Gerakan, malah turut wujud dalam parti-parti politik lain.

“Oleh itu, saya ingin ambil kesempatan ini untuk ingatkan semua pemimpin bahawa agenda peribadi tidak boleh lebih penting daripada parti. Parti mesti didahulukan. Jika parti tidak relevan, maka kita bukan sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-58 Gerakan di Menara PGRM pada Selasa.

Tambahnya, semangat perubahan yang dibawa Gerakan bukan sahaja penting untuk parti itu, tetapi juga menjadi mesej kepada semua parti politik bahawa kepentingan rakyat dan parti mesti didahulukan berbanding agenda peribadi.

Katanya, pendekatan lama tidak lagi sesuai dan parti perlu melakukan transformasi dalam menghadapi PRN Melaka, PRN Johor serta PRU akan datang.

“Oleh itu, perubahan mesti ada asas, tetapi yang paling penting adalah ‘satu hati’. Jika kita mahu menang dan mendapatkan mandat daripada rakyat, akar umbi dan pemimpin di semua lapisan mesti bersatu.

“Jika tidak satu hati, memang sukar untuk kita mendapatkan sokongan dan undi daripada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata angka 58 dalam sebutan bahasa Cina iaitu “Upak” menyerupai bunyi perkataan “ubah”, sekali gus menjadi simbol tepat bagi Gerakan untuk melakukan transformasi politik.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading