Tamim Dahri bersedia untuk pulang ke Malaysia bagi menyerah diri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik hari ini, Tamim menyatakan kesediaan tersebut bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk tuntutan supaya beberapa kuil dirobohkan.
Menurut Akaun Thread Tanah Malaya, empat lokasi yang disebut ialah Kuil Atas Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Lama Seafield dan Kuil Jakel.
Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi setakat ini daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan kesediaan individu berkenaan untuk menyerah diri mahupun syarat yang dikemukakan.
Motif pemilihan empat lokasi tersebut juga tidak diperincikan, dengan hantaran itu hanya menyebut bahawa orang ramai boleh “fikir sendiri”.








