theme-sticky-logo-alt
March 19, 2026
79 Views

Suspek Kes Serang Cikgu Chandra Dakwa Diseksa Polis

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes serangan terhadap S Chandrasegaran, atau dikenali sebagai “Cikgu Chandra”, mendakwa dia diseksa oleh anggota polis ketika berada dalam tahanan. Menurut Malaysia Kini, lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator trak tunda itu membuat laporan polis semalam, mendakwa dia dipukul beberapa kali semasa soal siasat di Ibu... Read More

Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes serangan terhadap S Chandrasegaran, atau dikenali sebagai “Cikgu Chandra”, mendakwa dia diseksa oleh anggota polis ketika berada dalam tahanan.

Menurut Malaysia Kini, lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator trak tunda itu membuat laporan polis semalam, mendakwa dia dipukul beberapa kali semasa soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Berikut adalah kenyataan yang dibuat dalam laporan tersebut:

“Semasa berada di dalam bilik soal siasat, saya telah dipukul beberapa kali di bahagian kepala menggunakan kasut but oleh dua anggota polis.

“Saya juga dipaksa membuka kasut dan seorang anggota polis telah meletakkan sebatang pensel di celah jari kaki saya sebelum memulasnya dengan kuat sehingga saya menjerit kesakitan.

“Tangan saya yang digari di belakang turut dipijak kuat oleh beberapa anggota polis, manakala ada yang berdiri di atas kedua-dua kaki saya sehingga meninggalkan kesan.

“Saya juga telah ditampar dan dikenakan kejutan elektrik di bahagian telinga kanan ketika mata saya ditutup.

“Tindakan tersebut dilakukan bagi memaksa saya mengaku atas kesalahan yang saya tidak lakukan.”

Peguamnya, S Vinesh, berkata laporan itu dibuat di Subang Jaya sejurus selepas anak guamnya dibebaskan daripada tahanan polis. Mereka juga merancang untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading