Peguam, Asiah Abd Jalil, menjelaskan perbezaan situasi suspek dibawa ke mahkamah sama ada bergari atau tidak, dengan merujuk kepada dua kes berasingan melibatkan Arun Dorasamy dan Zamri Vinoth.
Menerusi hantaran di Facebook, perbezaan itu boleh dilihat kepada tarikh kesalahan masing-masing.
“Arun Dorasamy pada 12 Mac 2025, iaitu setahun yang lalu. Manakala Zamri Vinoth pada 3 Februari 2026, iaitu sebulan yang lalu,” katanya
Asiah menjelaskan bahawa dalam siasatan kes jenayah, undang-undang hanya membenarkan satu kali tangkapan bagi sesuatu kesalahan.
“Selepas tempoh reman tamat, jika pertuduhan belum sedia untuk diteruskan, biasanya suspek akan dilepaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam sesetengah keadaan, polis boleh membuat tangkapan dan membebaskan suspek pada hari yang sama tanpa memohon reman, dengan laporan tangkapan tetap direkodkan.
Menurutnya lagi pihak polis boleh juga tangkap dan lepaskan pada hari yang sama, tanpa memohon perintah reman. Laporan tangkap dibuat, kemudian suspek dibebaskan dengan jaminan polis.
Tambahnya, apabila pertuduhan telah sedia, polis akan mengeluarkan notis kepada suspek untuk hadir ke mahkamah pada tarikh ditetapkan.
“Suspek boleh hadir ke mahkamah lenggang kangkung tanpa bergari,” katanya.








