theme-sticky-logo-alt
March 18, 2026
464 Views

“Sekadar Kuat Di Pantai Timur Dan ‘Malay Belt’ Belum Mencukupi,”-Iskandar Samad

Pemilihan Dr Sam sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilihat oleh ramai sebagai isyarat bahawa beliau berpotensi menjadi calon Perdana Menteri ke-11 bagi gabungan itu. Namun, Bendahari PAS, Iskandar Samad berpandangan bahawa kekuatan PN yang tertumpu di Pantai Timur dan kawasan “Malay Belt” masih belum mencukupi untuk merampas kerajaan Persekutuan. “Tetapi sekadar kuat di Pantai Timur... Read More

Pemilihan Dr Sam sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilihat oleh ramai sebagai isyarat bahawa beliau berpotensi menjadi calon Perdana Menteri ke-11 bagi gabungan itu.

Namun, Bendahari PAS, Iskandar Samad berpandangan bahawa kekuatan PN yang tertumpu di Pantai Timur dan kawasan “Malay Belt” masih belum mencukupi untuk merampas kerajaan Persekutuan.

“Tetapi sekadar kuat di Pantai Timur dan ‘Malay Belt’ belum menjamin PN dapat merampas kerajaan Pusat. Menang semua kerusi di sana belum lagi dapat menabalkan Dr Sam sebagai PM,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Iskandar turut menegaskan bahawa walaupun pengundi di Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin berasa bangga dengan kekuatan politik mereka, situasi itu tidak semestinya memberi kelebihan jika PN lemah di negeri-negeri lain.

“Orang Kelantan, Terengganu dan Kedah mungkin bangga kerana mereka kuat dan banyak duit tetapi jika PN di negeri-negeri lain lemah dan miskin, mereka tetap akan menjadi negeri-negeri pembangkang selepas PRU akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, Iskandar berkata, jika PN benar-benar mahu melihat Dr Sam diangkat sebagai perdana menteri, gabungan tersebut khususnya PAS perlu memperkukuhkan kedudukan di negeri-negeri lain.

“PN terutamanya PAS mesti juga kuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa pendekatan politik masa kini memerlukan kerjasama yang lebih menyeluruh dan tidak boleh bergerak secara berasingan.

“Kita berada di zaman di mana kerja-kerja kita adalah ‘interconnected’. Kita tidak boleh bekerja ‘in silos’ iaitu bekerja tanpa mengambil kira orang lain,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kejayaan di satu kawasan tidak boleh diraikan secara terasing tanpa mengambil kira keadaan di tempat lain.

“Kita tidak boleh berbangga dengan apa yang kita miliki atau apa yang kita capai walhal kawan-kawan kita terkapai-kapai. Kegagalan kawan-kawan kita juga akan menyebabkan kegagalan kita di peringkat yang lebih besar,” katanya lagi

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading