theme-sticky-logo-alt
March 17, 2026
193 Views

“Tidak Bersalah,”-Zamri Vinoth

Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam. Menurut Malaysia Gazette,pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan kira-kira pukul 9.20 pagi. Tertuduh yang kelihatan ceria dan mengenakan kot berwarna biru dilihat tenang ketika pertuduhan... Read More

Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam.

Menurut Malaysia Gazette,pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan kira-kira pukul 9.20 pagi.

Tertuduh yang kelihatan ceria dan mengenakan kot berwarna biru dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan sebelum menjawab “tidak bersalah”.

Mengikut pertuduhan, Zamri didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam sehingga mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada 7 Februari lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading