theme-sticky-logo-alt
March 14, 2026
224 Views

Mesyuarat PN: Siapa Calon Ketua Pembangkang Baharu?

 Persoalan mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu dijangka menjadi tumpuan utama dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di ibu pejabat Parti Gerakan di Menara PGRM,  hari ini. Mesyuarat tersebut dilihat penting susulan perubahan kepimpinan dalam gabungan berkenaan serta perkembangan membabitkan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang... Read More

 Persoalan mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Pembangkang baharu dijangka menjadi tumpuan utama dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung di ibu pejabat Parti Gerakan di Menara PGRM,  hari ini.

Mesyuarat tersebut dilihat penting susulan perubahan kepimpinan dalam gabungan berkenaan serta perkembangan membabitkan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang sebelum ini dipecat daripada parti.

Menurut Malaysia Gazette, antara yang terawal tiba ke mesyuarat itu ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, diikuti Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum disusuli Pengerusi PN yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Presiden Bersatu yang juga Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat memasuki pekarangan bangunan tersebut bagi menyertai mesyuarat berkenaan.

Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad serta Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin.

Mesyuarat ini merupakan antara pertemuan penting selepas perubahan struktur kepimpinan PN dan turut mencetuskan spekulasi mengenai individu yang bakal mengisi jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading