theme-sticky-logo-alt
March 13, 2026
416 Views

“Pendekatan Seperti Ini Adalah Tidak matang,”- Mujahid Yusof

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Mujahid Yusof Rawa, mengkritik kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung usaha dialog parti-parti politik Melayu-Islam yang diusahakan Umno. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini, Mujahid berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu sekali lagi memperlihatkan pendekatan parti tersebut yang gemar melabel, menghina dan... Read More

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Mujahid Yusof Rawa, mengkritik kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung usaha dialog parti-parti politik Melayu-Islam yang diusahakan Umno.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini, Mujahid berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS itu sekali lagi memperlihatkan pendekatan parti tersebut yang gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

Menurutnya, dalam kenyataan itu pelbagai tuduhan serta metafora digunakan, termasuk ungkapan seperti “bisikan syaitan” dan “hantu raya”, selain mempertikaikan amalan pihak lain.

“Pendekatan seperti ini bukan sahaja tidak matang, malah sangat berbahaya kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menghukum dan merendahkan pihak lain.

“Islam tidak pernah mengajar umatnya meragui iman orang lain semata-mata kerana perbezaan politik,” katanya.

Mujahid berkata tradisi Islam di negara ini sejak dahulu menekankan hikmah, kesederhanaan dan adab dalam berbeza pandangan, bukan budaya melabel serta merendah-rendahkan sesama sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya menolak politik yang memonopoli agama untuk menyerang serta merendahkan pihak lain.

Katanya, Malaysia memerlukan politik yang berteraskan rahmah, beradab dan menyatukan masyarakat, bukannya politik yang memecah-belahkan dengan retorik agama yang sempit serta penuh prasangka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading