theme-sticky-logo-alt
March 13, 2026
434 Views

Patung Dewa Karuppasamy Telah Dialihkan

PUCHONG: Patung dewa Karuppasamy yang mencetuskan kontroversi di kawasan pangsapuri Desa Tanjong, Wawasan Puchong telah dialihkan pagi semalam Perkara itu dimaklumkan oleh persatuan Hindhudharma Maamandram menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook mereka. Menurut kenyataan itu, patung berkenaan dialihkan selepas pemeriksaan bersama oleh Jawatankuasa Majlis Tempatan MHS Puchong dan Ahli Majlis Perbandaran Kinrara.... Read More

PUCHONG: Patung dewa Karuppasamy yang mencetuskan kontroversi di kawasan pangsapuri Desa Tanjong, Wawasan Puchong telah dialihkan pagi semalam

Perkara itu dimaklumkan oleh persatuan Hindhudharma Maamandram menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook mereka.

Menurut kenyataan itu, patung berkenaan dialihkan selepas pemeriksaan bersama oleh Jawatankuasa Majlis Tempatan MHS Puchong dan Ahli Majlis Perbandaran Kinrara.

“Pada 12 Mac 2026, patung Karuppasamy telah dialihkan selepas pemeriksaan bersama oleh Jawatankuasa Majlis Tempatan MHS Puchong dan Ahli Majlis Perbandaran Kinrara,” menurut kenyataan itu.

Persatuan itu berkata keluarga yang terlibat telah memindahkan patung tersebut buat sementara waktu ke kawasan ruang bawah tanah (basement) dan memberi jaminan ia akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai dalam masa terdekat.

Hindhudharma Maamandram turut merakamkan penghargaan terhadap kerjasama keluarga berkenaan dalam memastikan isu tersebut dapat diselesaikan secara aman demi keharmonian komuniti setempat.

Dalam pada itu, persatuan berkenaan turut menasihatkan keluarga lain yang meletakkan patung atau struktur keagamaan di kawasan awam atau ruang bersama supaya memindahkannya ke lokasi yang lebih sesuai.

Langkah itu, menurut mereka, penting bagi memastikan keharmonian dalam komuniti terus terpelihara serta mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini pada masa hadapan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading