theme-sticky-logo-alt
March 12, 2026
171 Views

“Kehadiran Saya Diketahui Tan Sri Abdul Hadi Awang,”-Takiyyudin

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengakui beliau turut menyertai pertemuan antara ketua pembangkang, Hamzah Zainudin dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok pada Disember tahun lalu. Menurut Berita Harian, kehadiran Takiyuddin dalam pertemuan itu adalah atas jemputan sebagai ketua whip Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, perkara itu juga berlaku dengan pengetahuan Presiden PAS, Abdul... Read More

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengakui beliau turut menyertai pertemuan antara ketua pembangkang, Hamzah Zainudin dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok pada Disember tahun lalu.

Menurut Berita Harian, kehadiran Takiyuddin dalam pertemuan itu adalah atas jemputan sebagai ketua whip Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, perkara itu juga berlaku dengan pengetahuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Saya mengesahkan saya hadir pada pertemuan berkenaan di Bangkok. Namun kehadiran saya dengan pengetahuan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Saya dijemput sebagai Ketua Whip, manakala Datuk Seri Hamzah pula sebagai Ketua Pembangkang dan kami berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri di Bangkok.

“Tiada satu spesifik tujuan menerusi pertemuan itu, kita pergi sekadar berjumpa dan sekadar bertukar fikiran dan kebetulan masa itu Sukan SEA, kita pergi tengok Sukan SEA.

Takiyuddin berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pertemuan berkenaan dikaitkan dengan Langkah Bangkok, ia hanya prasangka.

“Nak ke Bangkok memang la kena melangkah. Apa yang pasti saya pergi ke sana dengan pengetahuan presiden, parti lain saya tidak tahu,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading