theme-sticky-logo-alt
March 11, 2026
249 Views

“Ada Perkembangan Positif,”- Datuk Shazeli Kahar

Polis Selangor memberi jaminan siasatan berhubung insiden serangan terhadap rumah pempengaruh, S Chandrasegaran di Taman Kinrara, Puchong semalam akan dijalankan secara telus dan adil kepada semua pihak. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan dan tindakan awal sudah dimulakan sebaik laporan dibuat. “Siasatan akan dijalankan dan kertas siasatan pun... Read More

Polis Selangor memberi jaminan siasatan berhubung insiden serangan terhadap rumah pempengaruh, S Chandrasegaran di Taman Kinrara, Puchong semalam akan dijalankan secara telus dan adil kepada semua pihak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan dan tindakan awal sudah dimulakan sebaik laporan dibuat.

“Siasatan akan dijalankan dan kertas siasatan pun telah dibuka serta tindakan telah dimulakan sejak laporan dibuat bagi kedua-dua laporan tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, pagi tadi.

Shazeli turut menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi dan provokasi, khususnya yang menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja.

“Saya menyeru kepada masyarakat supaya menghentikan tindakan tersebut kerana kita bimbang jika tidak terkawal, risiko yang lebih buruk akan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan terdapat petunjuk positif dalam siasatan setakat pagi tadi, namun tidak dapat memperincikannya kerana siasatan masih berjalan.

“Setakat pagi tadi terdapat petunjuk positif bagi kedua-dua kes tersebut namun saya tidak boleh dedahkan kerana siasatan masih berlangsung,” katanya.

Beliau berkata sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada media dari semasa ke semasa selepas siasatan selesai.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading