theme-sticky-logo-alt
March 8, 2026
538 Views

Serang Zamri Vinoth: Polis Tahan Pekerja Kilang

Seorang pekerja kilang direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth. Perintah reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman Kamalrulzaman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506... Read More

Seorang pekerja kilang direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman Kamalrulzaman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 427 akta sama.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi anggota polis dan memakai pakaian lokap berwarna oren.

Semalam, Zamri yang lantang bersuara mengenai isu pencerobohan tanah mendakwa beliau diserang oleh sekumpulan individu.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau mendakwa kumpulan itu cuba menyerangnya, namun beliau berjaya melarikan diri.

Menurutnya, kumpulan berkenaan membawa kayu dan batu serta cuba memukulnya, selain membaling batu hingga memecahkan cermin keretanya.- Harian Metro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading