theme-sticky-logo-alt
March 5, 2026
163 Views

Tengku Zafrul Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Politik

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan itu dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri. Kekosongan jawatan... Read More

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelantikan itu dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

Kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada perdana menteri berlaku selepas penyandangnya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, meletakkan jawatan pada 25 November tahun lalu.

Dalam kenyataan sama, Anwar menzahirkan harapan agar Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Zafrul yang kini merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dari Mac 2020 hingga November 2022. -Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading