Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berjaya menang dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap bekas rakan kabinetnya Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan bahawa beliau dua kali menolak projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Zuraida Kamaruddin, penerbit portal berita MalaysiaNow serta editornya, Abdar Rahman Koya gagal membuktikan pembelaan yang dikemukakan dalam kes tersebut.
Menurut firma guaman Lim, SN Nair & Partners, mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga defendan membayar ganti rugi global sebanyak RM50,000 kepada Ahli Parlimen Bagan itu.
“Mahkamah juga membenarkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut kenyataan fitnah tersebut selain mengarahkan defendan membayar kos sebanyak RM5,000 kepada plaintif (Lim),”- FMT








