theme-sticky-logo-alt
August 20, 2026
57 Views

“Dakwaan UMNO ‘Mengkhianati’ PKR Ketika PRN Tidak wajar,”-Azalina Othman

PETALING JAYA: Perbezaan strategi dan bentuk kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermakna UMNO melanggar perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Menutut UTUSAN,Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perjanjian Kerajaan Perpaduan dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk serta menjamin kestabilan pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Beliau juga berkata kerjasama... Read More

PETALING JAYA: Perbezaan strategi dan bentuk kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak bermakna UMNO melanggar perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Menutut UTUSAN,Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perjanjian Kerajaan Perpaduan dimeterai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk serta menjamin kestabilan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga berkata kerjasama itu menghimpunkan parti-parti yang berbeza atas semangat saling menghormati tanpa menghapuskan identiti, orientasi atau pendirian politik masing-masing.

“Dalam konteks tersebut, dakwaan UMNO ‘mengkhianati’ PKR dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak wajar dinilai secara terasing atau semata-mata berdasarkan keputusan politik di peringkat negeri.

“Dakwaan sedemikian perlu dinilai secara tenang, bertanggungjawab dan berdasarkan fakta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Malaysia merupakan sebuah Persekutuan dan kerjasama politik di peringkat negeri tidak semestinya perlu mengikut formula gabungan yang sama seperti di peringkat Persekutuan kerana setiap negeri mempunyai mandat, realiti politik serta aspirasi rakyat yang tersendiri.

“Oleh itu, perbezaan strategi atau kerjasama dalam sesuatu pilihan raya negeri tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah dilanggar,” katanya.

“UMNO kekal komited terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan dan akan terus menghormati perjanjian yang telah dimeterai. Sebarang perbezaan yang wujud di peringkat Persekutuan perlu diurus secara matang agar tidak menjejaskan pentadbiran dan keyakinan rakyat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading