theme-sticky-logo-alt
August 20, 2026
48 Views

“GST Secara Menyeluruh Tidak Boleh Dipertimbangkan,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuk asal kerana sistem percukaian itu bersifat menyeluruh dan turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bagaimanapun terbuka untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk mengambil beberapa komponen tertentu daripada GST... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam bentuk asal kerana sistem percukaian itu bersifat menyeluruh dan turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bagaimanapun terbuka untuk menambah baik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), termasuk mengambil beberapa komponen tertentu daripada GST sekiranya diperlukan.

Menurut AWANI, prinsip utama Kerajaan MADANI adalah memastikan golongan paling miskin tidak dibebankan dengan cukai tambahan dalam usaha kerajaan memperkukuh sistem percukaian negara.

“Kita boleh membuat beberapa penyesuaian atau menambah baik SST, malah mengambil beberapa komponen GST jika perlu.

“Tetapi prinsip utama Kerajaan MADANI adalah tidak mengenakan cukai kepada golongan yang sangat miskin. Oleh itu, GST sebagai satu prinsip tidak boleh dipertimbangkan,” katanya selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia 2026, pada Khamis.

Mengulas kemungkinan cukai dikenakan terhadap pembayaran elektronik, Anwar berkata sebarang cadangan perlu dinilai dalam kerangka percukaian negara secara menyeluruh dan kerajaan akan terus menggunakan pendekatan yang lebih adil serta bersasar.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak bersedia mempertimbangkan asas utama GST kerana cukai berkenaan dikenakan secara menyeluruh termasuk kepada golongan paling miskin.

Pada masa sama, Anwar berkata usaha meningkatkan hasil negara perlu diseimbangkan dengan keperluan menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan rentan yang masih berdepan tekanan kos sara hidup.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading