theme-sticky-logo-alt
March 4, 2026
502 Views

Anwar Diperintah Bayar RM50,000 Kepada Bekas Pembantu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan mahkamah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada bekas pembantunya, Muhammed Yusoff Rawther, selepas beliau menarik balik rayuannya berhubung lapan persoalan undang-undang berkaitan isu imuniti. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Wong Kian Kheong sebulat suara memerintahkan Perdana Menteri membayarnya dalam tempoh sebulan waktu bekerja sehingga pukul 5... Read More

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diperintahkan mahkamah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada bekas pembantunya, Muhammed Yusoff Rawther, selepas beliau menarik balik rayuannya berhubung lapan persoalan undang-undang berkaitan isu imuniti.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Wong Kian Kheong sebulat suara memerintahkan Perdana Menteri membayarnya dalam tempoh sebulan waktu bekerja sehingga pukul 5 petang, 6 April ini.

Perkara itu diputuskan selepas Anwar menarik balik rayuan yang difailkannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berkaitan isu imuniti dalam saman yang dikemukakan Muhammed Yusoff terhadapnya.

Susulan penarikan balik rayuan tersebut, mahkamah memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Muhammed Yusoff.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading