theme-sticky-logo-alt
March 2, 2026
333 Views

“Kita Ini Pendakwah, Bukan Penghukum”- Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penghinaan agama, termasuk insiden individu yang didakwa memijak al-Quran, namun tindakan mesti dilaksanakan mengikut proses undang-undang. Berucap pada majlis berbuka puasa bersama para pemimpin masyarakat tempatan, Anwar berkata Malaysia adalah sebuah negara hukum dan setiap tindakan perlu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia... Read More

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penghinaan agama, termasuk insiden individu yang didakwa memijak al-Quran, namun tindakan mesti dilaksanakan mengikut proses undang-undang.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama para pemimpin masyarakat tempatan, Anwar berkata Malaysia adalah sebuah negara hukum dan setiap tindakan perlu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

“Negara ini negara hukum. Kita tidak boleh ketepikan dasar tuntutan undang-undang dalam setiap tindakan. Islam agama Persekutuan.

“Dan kita tidak boleh pandang ringan terhadap apa-apa unsur penghinaan, bukan sahaja terhadap Islam tetapi terhadap agama-agama lain di negara kita, demi menjaga keharmonian,” katanya.

Mengulas kes tular melibatkan dakwaan penghinaan terhadap al-Quran, Anwar berkata tindakan telah pun diambil oleh pihak berkuasa.

“Siapa kata tidak ada tindakan? Jangan tunjuk kita gopoh dan tidak sabar. Polis telah mengambil tindakan, telah menangkap yang berkenaan dan menjalankan siasatan.

“Apakah dia siuman atau tidak? Apakah dia melanggar hukum atau tidak? Jangan kita buat hukuman,” katanya.

Menurut Anwar, tidak boleh sama sekali mengizinkan mana-mana pihak menghina al-Quran, apatah lagi memijaknya, namun penentuan hukuman bukan berada di tangan orang ramai.

“Langkahnya apa? Ikut proses undang-undang. Sudah ditangkap dan disiasat. Mana boleh kita hukum?

“Kita ini pendakwah, bukan penghukum. Penghukum itu tugas kadi dan hakim,” katanya,

Beliau turut menolak tanggapan bahawa kerajaan bersikap tolak ansur dalam isu berkenaan.

“Saya tidak tolak ansur sama sekali. Kita harus tegas. Tapi ikut jalur hukum,” katanya sambil menyifatkan reaksi segelintir pihak yang dilihat tidak sabar sebagai tidak membantu meredakan keadaan. 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading