theme-sticky-logo-alt
March 2, 2026
210 Views

Kes Pijak Al-Quran: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada AGC Hari Ini

Kertas siasatan berhubung seorang individu yang fotonya tular memijak al-Quran akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi tindakan lanjut, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman. Yahaya berkata pihak polis akan mendapatkan nasihat dan arahan daripada pejabat AGC selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara. Beliau berkata... Read More

Kertas siasatan berhubung seorang individu yang fotonya tular memijak al-Quran akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi tindakan lanjut, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Yahaya berkata pihak polis akan mendapatkan nasihat dan arahan daripada pejabat AGC selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Peguam Negara.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 62 laporan polis telah diterima daripada seluruh negara berhubung penularan gambar tersebut. Seramai 43 saksi juga sudah dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah beberapa peruntukan termasuk Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Yahaya menegaskan siasatan dijalankan secara profesional dan adil, tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan ketenteraman negara.

Individu terbabit ditahan pada 25 Februari lalu dan telah direman serta disambung reman untuk membolehkan siasatan dilengkapkan, tambah beliau.-Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading