theme-sticky-logo-alt
March 1, 2026
271 Views

“Serahkan Kepada Pihak Berkuasa,”-Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar isu berkaitan provokasi agama diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Dalam satu hantaran di akaun media sosialnya, Anwar berkata kerajaan akan memastikan keadilan ditegakkan serta keselamatan negara terus terpelihara. “Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus... Read More

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar isu berkaitan provokasi agama diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya.

Dalam satu hantaran di akaun media sosialnya, Anwar berkata kerajaan akan memastikan keadilan ditegakkan serta keselamatan negara terus terpelihara.

“Serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan sewajarnya. Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” katanya.

Sebelum ini Anwar membantah tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap insiden memijak al-quran adalah tidak berasas.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai respons terhadap isu yang menyentuh sensitiviti agama, dengan perdana menteri menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan tindakan diambil mengikut lunas undang-undang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1