theme-sticky-logo-alt
February 27, 2026
179 Views

Kematian Syamsul Haris: Tiga Jurulatih Berdepan Pertuduhan

Jabatan Peguam Negara (AG) telah mengeluarkan arahan supaya tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dihadapkan ke mahkamah berhubung kes kematian pelatih, Syamsul Haris Shamsudin. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata kesemua tiga tertuduh — yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) — dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pagi ini. Beliau menjelaskan... Read More

Jabatan Peguam Negara (AG) telah mengeluarkan arahan supaya tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dihadapkan ke mahkamah berhubung kes kematian pelatih, Syamsul Haris Shamsudin.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata kesemua tiga tertuduh — yang merupakan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) — dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pagi ini.

Beliau menjelaskan bahawa polis telah menerima semula kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kes itu, yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (pembunuhan).

Namun arahan AGC kini menetapkan pertuduhan dikenakan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada pembunuhan.

Pertuduhan dibuat di mahkamah pada jam 9 pagi ini dan jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Kes kematian Allahyarham Syamsul Haris, 22, sebelum ini telah melalui beberapa proses siasatan termasuk penggalian semula jenazah dan bedah siasat kedua sebagai sebahagian daripada siasatan awal pihak berkuasa. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading