theme-sticky-logo-alt
February 26, 2026
363 Views

“Kadang-Kadang Kita Banyak Heret Isu Kecil,”- Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia supaya tidak “terperangkap” dengan isu-isu kecil yang tidak membantu kemajuan negara, sebaliknya memberi fokus kepada perkara besar seperti pembinaan ekonomi dan peluang masa depan, ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 hari ini. Anwar berkata rakyat perlu memberi tumpuan kepada isu utama yang... Read More

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia supaya tidak “terperangkap” dengan isu-isu kecil yang tidak membantu kemajuan negara, sebaliknya memberi fokus kepada perkara besar seperti pembinaan ekonomi dan peluang masa depan, ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 hari ini.

Anwar berkata rakyat perlu memberi tumpuan kepada isu utama yang mampu menentukan masa depan negara, dan tidak mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Beliau menekankan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyat pelbagai kaum serta sikap saling menghormati budaya dan agama satu sama lain, yang menjadi asas kestabilan dan kemakmuran negara.

“Kita menghormati nilai manusia… supaya fokus kita kepada nilai dan kekuatan ekonomi. Kadang-kadang di Malaysia ini terlalu banyak diheret kepada isu-isu kecil dan kita lupa kalau ekonomi kita tak kukuh, pelaburan tidak meningkat, tidak ada harapan untuk anak-anak muda kita dari segi pekerjaan dan mutu pendidikan,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Presiden Huazong Datuk Lim Kah Chuan.

Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetap tidak boleh dipertikaikan, namun kaum lain juga berhak mengamalkan agama dan budaya mereka masing-masing di Malaysia.- Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1