Veteran Umno hari ini menggesa DAP supaya keluar daripada kerajaan segera dan tidak perlu menunggu keputusan kongres khas parti yang dijadualkan pada 12 Julai 2026, bagi menilai kedudukan mereka dalam kerajaan perpaduan.
Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, berkata gesaan itu dibuat kerana beliau berpandangan bahawa kepimpinan DAP perlu menunjukkan tanggungjawab politik yang sebenar, terutama susulan keputusan kekalahan besar parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.
Mustapha menegaskan bahawa kepimpinan DAP tidak wajar terus “bermain sandiwara dan berdrama” dengan ahli parti mengenai masa depan politik mereka, sebaliknya perlu mengambil tindakan segera untuk keluar dari barisan kabinet kerajaan. Beliau berkata veteran yakin DAP mempunyai prinsip dan bermaruah, serta amat memalukan sekiranya parti itu tidak menunaikan janji yang pernah dibuat.
“Veteran menyarankan supaya DAP mengambil tindakan segera untuk keluar dari kerajaan tanpa perlu dibawa ke sidang khas Julai nanti,” kata Mustapha.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengumumkan bahawa parti itu akan mengadakan kongres khas pada 12 Julai 2026, di mana perwakilan parti akan menentukan sama ada pemegang jawatan daripada parti itu perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan.








