theme-sticky-logo-alt
February 22, 2026
141 Views

SPRM Tahan Ahli Exco

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli EXCO kerajaan negeri Terengganu hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan bagi menguntungkan ahli keluarganya, menurut kenyataan rasmi agensi itu. Penahanan itu dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi di pejabat SPRM cawangan Kemaman semasa suspek, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an, hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang... Read More

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli EXCO kerajaan negeri Terengganu hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan bagi menguntungkan ahli keluarganya, menurut kenyataan rasmi agensi itu.

Penahanan itu dilakukan kira-kira jam 11.15 pagi di pejabat SPRM cawangan Kemaman semasa suspek, seorang lelaki berusia lingkungan 60-an, hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Menurut SPRM, siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah menggunakan kedudukannya bagi mengarahkan kedua-dua anaknya diambil bekerja di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini, suatu perbuatan yang disyaki sebagai penyalahgunaan kuasa awam.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan mendapati perbuatan itu dipercayai berlaku antara tahun 2018 dan 2020.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan bahawa mana-mana pegawai atau penjawat awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, saudara atau sekutu adalah satu kesalahan, dan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading