theme-sticky-logo-alt
February 19, 2026
186 Views

RM21 Juta Dadah Dirampas, Beberapa Suspek Ditahan

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan dua sindiket dadah aktif dan merampas dadah bernilai kira-kira RM21 juta dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengarah JSJN , Datuk Hussein Omar Khan, berkata kejayaan itu hasil risikan berterusan serta penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan bagi membanteras kegiatan... Read More

SHAH ALAM: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia telah berjaya menumpaskan dua sindiket dadah aktif dan merampas dadah bernilai kira-kira RM21 juta dalam dua operasi berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah JSJN , Datuk Hussein Omar Khan, berkata kejayaan itu hasil risikan berterusan serta penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah di kedua-dua kawasan tersebut.

Operasi pertama, yang dijalankan pada 12 Februari, membawa kepada empat serbuan berasingan dan penahanan lima suspek tempatan berusia antara 27 hingga 37 tahun. Rampasan termasuk pelbagai jenis dadah seperti methamphetamine, heroin, MDMA, ganja, ekstasi dan erimin 5 – dengan jumlah barangan ini dianggarkan bernilai RM8.4 juta.

Dalam kes kedua, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sabak Bernam menjalankan Ops Tapis yang menumpaskan sindiket melibatkan suspek warga asing. Dua serbuan di Sekinchan membawa kepada rampasan lebih 170 kilogram dadah pelbagai jenis, serta sepucuk pistol bersama peluru, yang dianggarkan bernilai RM12.6 juta.

Hussein berkata kedua-dua sindiket dipercayai bertindak membekalkan dadah kepada pasaran tempatan dan berpotensi diseludup ke luar negara. Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan hukuman yang boleh dikenakan termasuk gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.- Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading