KUALA LUMPUR: Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali, hari ini mengkritik keras kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
“Rakyat bukan lupa. Rakyat bukan pekak. Sebelum PRU15, pimpinan PKR secara terbuka berikrar mahu ‘menangkap Azam Baki’ jika menang pilihan raya.
“Itu bukan cerita warung, itu ucapan pentas yang direkod dan disiarkan.
Beliau juga mempersoalkan sama ada tindakan yang dibuat ketika itu bukan bermotifkan politik, atau adakah dorongan politik hanya dianggap wajar sewaktu menjadi pembangkang tetapi tidak lagi apabila berada dalam kerajaan.
Menurutnya, kuasa yang ada tidak seharusnya digunakan untuk menafikan atau mengubah pendirian lama demi kepentingan semasa. -Malaysia Kini








