Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan penuh untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, namun ia mesti dilakukan mengikut lunas undang-undang dan peraturan negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu majlis khas bersama warga kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Putrajaya, menekankan pentingnya keharmonian dan kepatuhan terhadap undang-undang dalam setiap amalan kepercayaan di negara ini.
“Macam isu kuil sebelum ini sembahyanglah banyak mana pun, buatlah kuil banyak mana pun, tapi ikutlah peraturan. Tak boleh pacak kuil atau berhala di mana-mana tempat sahaja. tegas Anwar.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menggariskan bahawa semua pihak perlu menghormati batasan undang-undang dan menghargai kepelbagaian budaya serta amalan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Beliau juga menyeru agar semua peringkat kementerian dan agensi kerajaan bekerjasama secara berkesan bagi memastikan dasar negara berkaitan perkara ini dilaksanakan dengan adil dan telus demi manfaat bersama. – Malaysia Kini








