Bachok: Adik kepada seorang anggota bomba, ditemukan lemas selepas hilang lebih 37 jam ketika mandi di Pantai Kandis di sini pada Khamis.
Mayat Ahmad Nuruddin ditemukan pada jarak kira-kira 3.7 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang, selepas orang ramai memaklumkan kepada Pos Operasi Bomba. Pencarian berakhir pada pagi Khamis sekitar 6.55 pagi sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian pada Selasa lalu, abang mangsa, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, yang juga anggota bomba, terjun menyelamatkan adiknya selepas melihat dia terkapai-kapai ditelan ombak. Namun kedua-dua mereka dihanyutkan. Menurut laporan sebelum ini, tubuh Ahmad Badrul Naim ditemukan terdampar kira-kira 3 km dari lokasi kejadian tengah hari Rabu.
Seorang lagi mangsa, anak saudara mereka yang berusia 12 tahun, berjaya diselamatkan oleh bapanya selepas turut terjatuh ke laut ketika kejadian. -Sinar Harian







