theme-sticky-logo-alt
February 18, 2026
78 Views

Tragedi Lima Sekeluarga: Semua Jenazah Dituntut Selepas Bedah Siasat

Semua jenazah lima sekeluarga yang maut dalam tragedi menyayat hati di Taman Cherating Damai, Kuantan telah dituntut oleh ahli keluarga selepas proses bedah siasat. Proses bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula awal pagi sehingga kira-kira jam 2.50 petang. Menurut tinjauan di hospital, empat van jenazah... Read More

Semua jenazah lima sekeluarga yang maut dalam tragedi menyayat hati di Taman Cherating Damai, Kuantan telah dituntut oleh ahli keluarga selepas proses bedah siasat.

Proses bedah siasat ke atas mangsa dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula awal pagi sehingga kira-kira jam 2.50 petang.

Menurut tinjauan di hospital, empat van jenazah yang membawa jasad keluarga terbabit bergerak keluar dari kawasan HTAA diiringi oleh kenderaan polis dan dibawa ke masjid serta tanah perkuburan setempat untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Menurut laporan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam menyayat hati disyaki dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pengawal keselamatan terbabit serta isteri, selain ibu dan dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun ditemui maut.

Suspek dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri hingga maut.- Sinar Harian

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading